Powered By Blogger

Sunday, January 23, 2011

Kuih Melaka


 
Bahan-bahan:

Tepung pulut - (ikut kehendak)
Pewarna hijau - (1 sudu teh)
Air atau santan - (2 gelas)
Kelapa parut - (ikut sukatan)
Gula melaka - (ikut sukatan)

Cara:

1. Isi tepung pulut dalam sebuah bekas dan tambah air sedikit demi sedikit, letakkan pewarna dan air sehingga menjadi doh.

2.Ambil sedikit doh dan jadikannya leper seperti bentuk roti canai dan isikan gula melaka. Selepas itu, bentukkan doh itu menjadi bulat.

3.Selepas itu, didihkan air dan masukkannya ke dalam air didihan tadi. Kuih itu akan naik di permukaan jika sudah masak sepenuhnya.

4.Letakkan kuih itu di atas kelapa parut dan golekkanya.

5. Letakkan di atas pinggan dan sedia untuk dihidang. (Hanya untuk 1 hari).